Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan yang dihormati. Bagi yang baru melawati lama ini, selamat datang diucapkan. Kami adalah pemborong dan peruncit bagi produk yang mana ia dikenali sebagai ” 100% Halal Homemade by Bumiputera!”.
Kami adalah satu syarikat yg baru di mana motto atau misi kami adalah untuk memasarkan produk-produk bumiputera terutama yanga di hasilkan di rumah-rumah keluarga Melayu dan Bumiputera di sekitar Semenanjung tanah air tercinta. Di sini kami memberi peluang untuk kaum bumiputera untuk menghasilkan produk yang boleh di jual di pasaran tanpa perlu mereka meninggalkan rumah atau komuniti mereka. Mereka tidak perlu berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari rezeki!
Buat masa kini (bermula 8 September 2009) kami telah memasarkan sebanyak 4 produk iaitu Kerepek Bawang, Maruku Ikan, Rempeyek Kacang Dal serta Rempeyek Kacang Tanah. Dan juga ada 3 produk baru yang bakal di pasarkan pada bulan November 2009 ini. Pihak kami berharap dengan adanya laman-sesawang (website) dan perniagaan ini, dapatlah sama-sama kita umat Islam amnya membantu industri ini dengan membeli hasil yang di hasilkan oleh penduduk kampung, suri rumah, ibu-ibu tunggal dan warga tua yang menyertai kami!